Monday, May 2, 2011

Untuk BIJAK, sihat, CANtik and KAcak....

"Makanan-makanan yang baik untuk seorang pelajar mencari ilmu" :hrelax: baca sanpai habis tau...


"kurma"

KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda :
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yan
g tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur
an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurka
n atasmu kurma yang masak.

"kismis"
:aarh: baru tahu la..

kebaikan kismis
Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat. Jangan membiarkan kem
anisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

"Madu lebah''
Sabda Nabi muhammad s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”
Anatara kebaikannya:
d
apat le aku jimat duit haha:ahaha:

Remaja:
- Menguatkan minda
- Menaikkan seri wajah( sape nak cantik makam madu je pun dah canti)
Wanita:
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.


Pengidap Kencing Manis (Diabetis):
- Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
:love2: suka sangat..
Masyarakat umum:
- Mengelak dari kegemukan.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan baik luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Baik untuk perempuan bersalin.



"lobak merah":flat4:bestnya jus lobak...
Lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment